Raja Muda Kedah Ke-36 Tengku Sarafudin Badlishah

Majlis Bacaan Yasin dan Doa Sempena Pemasyhuran Pelantikan Raja Muda Kedah telah diadakan di Masjid Zahir pada waktu tengah hari 24 November 2017.[3] Pada 26 November 2017, Tunku Sarafudin telah dimasyhurkan sebagai Raja Muda Kedah yang ke-36 dalam majlis penuh istiadat di Istana Anak Bukit, Kedah.[4] Istiadat pemasyhuran pelantikan itu selaras dengan Perkara 28, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dengan Tengku Sarafudin menggantikan ayahandanya, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang menaiki takhta sebagai Sultan Kedah ekoran kemangkatan Tuanku Abdul Halim Muā€™adzam Shah September lalu.[5] Pemasyhuran Tengku Sarafudin itu dibacakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din, diikuti lafaz sumpah dan menandatangani watikah sumpah Raja Muda Kedah.[6] Tunku Sarafudin kemudiannya menandatangani surat sumpah yang disaksikan Ketua Hakim Syarie Kedah Datuk Syeikh Abdul Rahman Abdullah dan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hashim Hamzah.[7] Tengku Sarafudin dikurniakan Keris Kebesaran sebelum paluan nobat serta sembilan das tembakan meriam dilepaskan.[8]

Rujukan

WikiPedia: Tengku Sarafudin Badlishah http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/... http://www.sinarharian.com.my/nasional/tengku-sara... http://www.royalark.net/Malaysia/kedah12.htm https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/11... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/11... https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/11/287638/... https://www.hmetro.com.my/setempat/2017/11/287830/... https://www.utusan.com.my/berita/nasional/anakanda... https://www.utusan.com.my/berita/nasional/sultan-k... https://www.utusan.com.my/berita/nasional/tengku-s...